Pengurusan HRIS
![]() |
Tiga peringkat utama dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia |
HRIS adalah perisian secara dalam talian untuk memudahkan
pekerja dalam kemasukan data atau maklumat, mengesan maklumat dan data, serta
ia juga melibatkan pelbagai maklumat keperluan sumber manusia seperti gaji,
pengurusan, fungsi-fungsi perakaunan dalam perniagaan. Ia dikenali sebagai ’data base’ dan setiap HRIS adalah
mempunyai keupayaan yang berbeza. Kini terdapat banyak syarikat menjual HRIS
dan sebagai pelanggan, organisasi adalah mempunyai pilihan untuk memilih HRIS
secara teliti yang berkeupayaan dan bersesuaian dengan keperluan semasa
organisasi.
Jabatan PDRM mempunyai sistem maklumat sumber
manusia yang lengkap dan memenuhi beberapa ciri seperti pengurusan semua
maklumat pekerja seluruh negara, iaitu secara peribadi kakitangan akan terlibat
dalam pengisian maklumat peribadi, urusan-urusan seperti cuti, tuntutan
perjalanan atau lebih masa, rawatan perubatan, laporan dan analisis malumat
pekerja, dokumen yang berkaitan dengan organisasi seperti buku panduan pekerja,
prosedur pemindahan kecemasan, serta termasuk garis panduan keselamatan semasa
berada di organisasi atau ketika beroprerasi dan lain-lain.. Etika-etika
kepolisan dan peraturan semasa bekerja mahupun berada di khalayak umum.
Etika-etika ini juga didedahkan di laman eb rasmi jabatan sebagai panduan umum
agar hak untuk memdapat pembelaan sentiasa terbuka luas.
Melalui sistem maklumat sumber manusia PDRM,
kakitangan mendapat manfaat dan berpeluang untuk mengemaskini maklumat peribadi
melibatkan perubahan status dan pendaftaran dalam sistem pentadbiran
organisasi. Apa yang lebih penting adalah, HRIS berkeupayaan digunakan sebagai
agen bagi pencari kerja yang sangat berminat untuk bekerja sebagai anggota
polis. Perisian HRIS PDRM sangat terkesan dalam pengurusan resume pemohon. Ini
kerana HRIS PDRM dibangunkan untuk dalam menyediakan maklumat mengenai apa jua
sekiranya jabatan PDRM hendak mengesan dan menganalisis tentang kakitangan dan
bekas kakitangan. Malah, HRIS PDRM turut merekodkan kesalahan undang-undang
yang dilakukan oleh kakitangannya. HRIS
PDRM juga berkesan dalam membantu jabatan dan kakitangan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan seperti etika kerja, akta-akta dan prosedur jenayah,
prosedur penguatkuasaan undang-undang dan sangat berkepentingan dalam menyokong
pekerja melalui laporan penilaian prestasi. Melalui aktiviti-aktiviti ini, akan
memahirkan kakitangan dengan penggunaan teknologi maklumat sekaligus membantu
melicinkan atau mempercepatkan pembangunan teknologi maklumat dalam kerajaan.
Kelebihan HRIS yang telah diamalkan dalam
organisasi PDRM adalah mengenai sistemnya yang membolehkan jabatan sumber
manusia atau ketua jabatan mahupun kakitangan yang dibenarkan untuk menggunakan
perisian itu bagi memantau semua kakitangan serta menjejaki maklumat tentang
mereka. Ia biasanya dilakukan dalam pangkalan data atau dalam siri pengkalan
data. Maklumat dalam pengkalan data ini dapat disimpan atau membuat carian
semula dengan lebih cepat dan mudah.
![]() |
Muka depan laman web HRIS kerajaan Malaysia |
Sistem HRIS yang dilaksanakan oleh kerajaan dan yang
diamalkan oleh PDRM mempunyai maklumat dan data-data yang terperinci melibatkan
beberapa data penting seseorang kakitangan :-
a)
|
Pengurusan Rekod Peribadi
|
b)
|
Pengisytiharan Harta
|
c)
|
Profil Perkhidmatan
|
d)
|
Penilaian kompentensi
|
e)
|
Penilaian Tahap Kecekapan
|
f)
|
Peperiksaan Perkhidmatan
|
g)
|
Laluan Kerjaya
|
h)
|
Pelan Penggantian
|
i)
|
Landasan Kerjaya
|
j)
|
Pengesahan Dalam
Perkhidmatan
|
k)
|
Penilaian Prestasi
|
No comments:
Post a Comment